NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Belajar daripada kesilapan lalu'

Ahmad Faizal ketika berucap dalam ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Bersatu di Menara PGRM di sini. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB



KUALA LUMPUR - Jentera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan agar belajar daripada kesilapan lalu khususnya tidak 'mencari' pengundi apabila tiba hari mengundi sekiranya ingin memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau amat yakin gerak kerja yang lebih sempurna sudah pasti akan memberi kejayaan dalam usaha parti untuk menubuhkan kerajaan.

"Jangan ada bendera simpan dalam stor, jangan cari pengundi tunggu esok tiba-tiba sudah masuk hari untuk mengundi. Saya harap sangat supaya kita semua belajar daripada kesalahan lepas dan tidak akan ulanginya lagi.

"Sekarang kita tiada duit tetapi saya masih ingat waktu mula-mula Bersatu ditubuhkan, kita masih berjaya buat pelbagai program dan usahakan dana.

"Kalau kita benar-benar ikhlas kita mampu lakukan sekali lagi," ujarnya pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Bersatu di Menara PGRM di sini.

Tambah Ahmad Faizal, ALLAH akan permudahkan segala urusan sekiranya ada usaha.

"Insya-ALLAH apapun yang mereka lakukan pada kita ALLAH maha besar bukan mereka. Kalau usaha, ALLAH tunjukkan jalan mudahkan urusan, saya yakin kita dapat berjaya," jelasnya.


Sumber | Sinar Harian





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo