NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Eksport getah, produk cecah RM35.98 bilion tahun lepas - MRC

Bagi produk bukan lateks, nilai eksport tayar telah meningkat sebanyak 4.8 peratus kepada RM1.825 bilion pada 2022 daripada RM1.741 bilion pada 2021. - Foto Malaysian Rubber Council


KUALA LUMPUR: Nilai eksport getah dan produk berasaskan komoditi itu mencecah RM35.98 bilion pada tahun lepas, kata Majlis Getah Malaysia (MRC).
Daripada jumlah itu, eksport getah adalah masing-masing RM 8.82 bilion manakala produk getah RM27.16 bilion, kata MRC dalam satu kenyataan hari ini.
"Sarung tangan getah yang mencatat nilai RM19.04 bilion, kekal sebagai penyumbang terbesar kepada eksport produk getah iaitu 70.1 peratus daripada nilai keseluruhan eksport pada 2022.
"Malaysia mengeksport pelbagai jenis sarung tangan getah, termasuk untuk penggunaan dalam sektor perubatan, perindustrian, dan perkhidmatan makanan," katanya.
Menurut MRC, selain sarung tangan getah, produk lateks lain seperti benang getah, kondom, kateter dan produk busa meningkat sebanyak 29.1 peratus pada 2022 berbanding 2021 dengan jumlah nilai eksport RM2.384 bilion.
"Eksport produk lateks, produk busa, kateter dan kondom masing-masing mencatat peningkatan sebanyak 138.5 peratus kepada RM359.0 juta; 93.7 peratus (RM620.4 juta) dan 25.2 peratus (RM383.1 juta) pada 2022.
"Pertumbuhan kukuh ini menunjukkan bahawa industri produk getah asli Malaysia sedang berkembang melangkaui sarung tangan yang secara tradisinya telah menguasai eksport produk lateks negara sekitar 95 peratus," katanya.
Jelas MRC, bagi produk bukan lateks, nilai eksport tayar telah meningkat sebanyak 4.8 peratus kepada RM1.825 bilion pada 2022 daripada RM1.741 bilion pada 2021.
Malah, eksport tayar ke pasaran utama seperti Brazil dan Jerman meningkat secara ketara kira-kira 49 peratus dan 32.4 peratus berbanding pada 2021.
Merujuk prestasi barangan getah am, MRC berkata produk seperti komponen automotif, bunga tayar pra-rawat, galas struktur dan barangan sukan telah mencatat jumlah nilai eksport sebanyak RM1.67 bilion iaitu peningkatan 19.6 peratus daripada 2021.
"Amerika Syarikat menyumbang nilai terbesar dengan eksport berjumlah RM235.2 juta pada 2022 manakala eksport ke Indonesia mencatat pertumbuhan tertinggi pada kadar 42.0 peratus dengan nilai eksport RM56.2 juta pada tahun lepas," katanya.
-- BERNAMA


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo