NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BOLA SEPAK: Portugal belasah Luxembourg, Ronaldo cetak dua gol

Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika aksi kelayakan Kumpulan J Euro 2024 menentang Luxembourg di Luxembourg. – FOTO: REUTERS



LUXEMBOURG: Cristiano Ronaldo terus mencuri tumpuan pada kempen kelayakan EURO 2024 apabila membantu Portugal membenam Luxembourg 6-0 selepas dia turut meledak dua gol buat negaranya.

Tambahan dua gol ini menyaksikan 4 gol telah dihasilkan Ronaldo dalam dua perlawanan selepas dia turut metakam jumlah sama pada aksi menentang Liechtenstein Jumaat lalu.

Pemain 38 tahun itu membuka jaringan untuk juara Euro 2016 dengan menyempurnakan tandukan Nuno Mendes dan menambah jaringan pada minit ke-31 dalam kemenangan 6-0 itu.

Ia turut menyaksikan Ronaldo kini mengumpul 122 gol dalam 198 penampilannya bersama Portugal.

“Cristiano adalah pemain unik di dalam dunia, dengan jumlah kap antarabangsa tertinggi. Pengalamannya cukup penting di dalam bilik persalinan.

“Semua pemain mempunyai peranan tersendiri. Pemain-pemain muda di atas keazaman mereka dan pemain-pemain seperti Cristiano Ronaldo, Rui Patricio dan Bernardo Silva menambah pengalaman.

“Penting untuk mempunyai skuad lengkap,” kata Martinez yang menyertai Portugal selepas Piala Dunia, menggantikan Fernando Santos yang membimbing pasukan sejak tahun 2014.

Pengendali dari Sepanyol itu mengharungi permulaan yang baik, dengan pasukannya kini mendahului Kumpulan J selepas meledak 10 gol tanpa bolos.

Joao Felix, Bernardo Silva, Otavio dan Rafael Leao turut menemui sasaran dalam aksi di Luxembourg.


Sumber I TV3 Malaysia





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo