NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aktivis tulis surat minta Selangor dedah butiran projek sungai RM700 juta

Projek Gerbang Maritim Selangor akan menyaksikan Sungai Klang dari Mid Valley City di Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang diperluas dan didalamkan. (Gambar Gerbang Maritim Selangor)


PETALING JAYA: Seorang aktivis dan bekas ahli kumpulan pro-Anwar Ibrahim menulis surat kepada kerajaan Selangor untuk mendapatkan butiran projek pelebaran sungai bernilai RM700 juta yang dikenali sebagai Gerbang Maritim Selangor.

Setiausaha Agung Parti Hijau Malaysia, Abdul Razak Ismail berkata, beliau mengemukakan permintaan itu di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat (Selangor) Khamis lalu.

Beliau mahu kerajaan negeri mendedahkan sama ada projek itu diberikan melalui tender terbuka serta terma rujukannya, antara lain.

Beliau juga ingin tahu apakah elaun atau faedah diterima Menteri Besar, Amirudin Shari dan Exco Selangor, Izham Hashim sebagai ahli lembaga pengarah Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor (Diperbadankan) (MBI) yang dianugerahkan projek pelebaran sungai itu.

“Kita nak lihat dia (pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri) balas ke tidak?…atau dibalas dengan jawapan = maaf maklumat diminta di bawah OSA (Akta Rahsia Rasmi). Kita nantikan,” katanya di Facebook.

Gerbang Maritim Selangor akan menyaksikan pelebaran dan pendalaman Sungai Klang dari Mid Valley City di Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang.

Awal bulan ini, seorang pemimpin Perikatan Nasional negeri membuat laporan polis terhadap Amirudin dan Izham atas dakwaan salah guna kuasa ke atas projek itu.

Ketua Penerangan PN Selangor, Shukor Mustaffa mendakwa projek itu dianugerahkan melalui rundingan terus, walaupun dinafikan pembantu Amirudin.

LLSB dilaporkan berkata, Amiruddin dan Izham menganggotai lembaga pengarah syarikat itu untuk mewakili kepentingan kerajaan negeri.

Izham ialah exco infrastruktur dan kemudahan awam, pemodenan pertanian dan industri asas tani.


Sumber | FMT Malaysia




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo