NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aksi Pegawai Polis Thailand lamar teman wanita di tengah jalan raya sesak

BANGKOK – Seorang pegawai polis Thailand tular di media sosial selepas melamar teman wanitanya di tengah-tengah jalan raya yang sesak, lapor laman berita Thaiger semalam.

Video kejadian itu mendapat perhatian ramai selepas Piyawat Chaiyawet melamar teman wanitanya dua hari lalu.

Ketika kejadian, Piyawat kelihatan keluar dari keretanya semasa lampu isyarat merah. Sebelum keluar, dia meminta teman wanitanya itu merakamnya. 

Wanita itu pada awalnya tidak memahami apa yang berlaku dan menyatakan kebimbangannya mengenai keselamatan Piyawat.

“Sekarang saya tahu kenapa anda bersikap pelik sepanjang hari!” katanya.

Piyawat kemudian berdiri di hadapan kereta sambil memegang helaian kertas yang tertera mesej kepada teman wanitanya.

“Sayang. Kita sudah lama bersama. Saya rasa sudah tiba masanya. Saya ingin menjaga awak selama-lamanya,” demikian menurut mesej tersebut.

Piyawat menoleh untuk memeriksa sama ada lampu isyarat sudah bertukar hijau. Dia kemudian mengeluarkan sebentuk cincin dan menunjukkan sehelai lagi kertas berbunyi : “Sudikah awak berkahwin dengan saya.”

Teman wanitanya di dalam kereta kemudian membalas isyarat tanda setuju sehingga membuatkan Piyawat tersenyum. – Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo