NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tesla panggil balik lebih 360,000 kereta susulan kerosakan perisian FSD.




LOS ANGELES: Tesla memanggil semula 362,758 kenderaannya untuk membaiki kecacatan pada perisian “Full Self Driving” (FSD).

Penarikan balik itu meliputi kenderaan Model S (2016-23), Model X, Model 3s (2013-17) dan Model Y (2020-23) tertentu, lapor tca/dpa.

Sebelum ini, sistem berkenaan dikritik hebat segelintir penggiat automotif dan mendakwa penggunaan perisian itu berisiko kepada keselamatan awam.

Meskipun pengawal selia dikatakan lambat bertindak namun langkah terbaru itu menunjukkan Pentadbiran Lalu Lintas dan Keselamatan Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) semakin serius mengenai kenderaan pemanduan sendiri dan keselamatan awam, kata pakar sistem autonomi di George Universiti Mason, Missy Cummings.

Sumber | tv3 Malaysia 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo