NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Korea Utara beri amaran keras terhadap latihan Korea Selatan-A.S.




SEOUL: Korea Utara memberi amaran akan “mengambil tindakan yang tidak pernah dilihat sebelum ini” jika Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) meneruskan latihan ketenteraan seperti dirancang.

Jurucakap kementerian luar Korea Utara mengeluarkan amaran itu ketika Seoul dan Washington merancang mengadakan latihan Freedom Shield dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Agensi Berita Korea Utara (KCNA) melaporkan perkara itu berkata, sekiranya Amerika Syarikat dan Korea Selatan melaksanakan rancangan mereka, Korea Utara akan menganggap ia sebagai persediaan untuk perang, dan mereka perlu berdepan tindak balas berterusan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Ia memetik beberapa siri latihan yang diadakan awal tahun ini, termasuk yang melibatkan pengebom strategik dan jet pejuang stealth serta rancangan untuk mengadakan kira-kira 20 latihan berskala besar.

Korea Utara dalam pada itu turut menempelak tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) kerana ‘memaksa’ sesi berkenaan negara terbabit diadakan pada minggu ini.


Sumber I Buletin tv3 Malaysia


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo