NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Enam pemimpin negeri bincang tarikh PRN minggu depan

story-image

Para pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, dan Terengganu dijangka mengadakan pertemuan minggu depan untuk berbincang mengenai tarikh sesuai bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing, untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata mesyuarat bersama itu digerakkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

"Perbincangan mungkin berkisar kepada kata sepakat mengenai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri masing-masing,” katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

Menurutnya tempoh untuk mengadakan PRN kini semakin hampir.

"Waktunya (pembubaran) semakin hampir, walaupun tanpa perjumpaan itu, PRN negeri berkenaan akan tetap diadakan pada bulan Jun atau Julai nanti,” tambahnya.

- Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo