NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tak bersedia undur diri, Nazri rela tidak terima gaji sebagai Duta AS



KUALA LUMPUR: Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Mohamed Nazri Abdul Aziz menjelaskan beliau bersedia tidak menerima gaji selepas memulakan tugas itu kerana gaji bukan keutamaannya.

Bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, namun beliau tidak akan menolak jika kerajaan memberikan gaji untuk tugasannya sebagai duta di AS.

"Saya terima jawatan ini bukan kerana duit. Macam (bekas) duta-duta yang kata rugilah calon-calon lain tak dapat duit. Mungkin gaji tinggi agaknya. Saya pun macam perdana menteri juga saya tak perlu gaji ini. Saya adalah duit sikit.

"Saya tak perlu kepada gaji. Mungkin juga sebab difikirkan saya ada tugas tertentu yang boleh saya berikan, itu sebab mereka putuskan (lantik saya).

"Tapi kalau (kerajaan) nak bagi (gaji) kita ambil, saya bukan lagi ahli politik, wang bukan matlamat," katanya kepada Utusan Malaysia.

Mohamed Nazri berkata, penerimaannya terhadap lantikan jawatan itu bukan soal gaji tetapi kerana mahu tanggungjawab dan merasakan beliau masih boleh memberi sumbangan kepada kerajaan untuk selama dua atau tiga tahun lagi.

Selasa lalu, Kementerian Luar Negeri mengumumkan Mohamed Nazri dilantik sebagai duta Malaysia ke AS.

Pelantikan itu mendapat kritikan daripada orang ramai dan sesetengah pemimpin yang berpandangan jawatan duta perlu dikhaskan kepada diplomat yang mahir dalam hal ehwal antarabangsa.


Sumber I BH Online




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo