NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ramasamy dan DAP tak tahu kenang budi

Budi dikenang?

Jika kita toleh kembali ucapan Tun Sambanthan di persidangan Parlimen pada tahun1965, apa yang kita boleh  pelajari dari pautan hansad parlimen yang mengandungi kata-kata Tun Sambanthan yang memuji dan mengangkat kepimpinan, kesudian, pemurah dan sifat bertimbang rasa orang Melayu dalam menerima kaum lain ke dalam Persekutuan Tanah Melayu pasca merdeka. 

Mendiang Tun Sambathan mengatakan tidak ada bangsa lain yang akan melakukan seperti apa yang orang Melayu lakukan. Ucapan itu adalah ucapan perbahasan Tun Sambathan terhadap usul ucapan Yang di-Pertuan Agong ketika itu di tengah isu panas dan ucapan-ucapan perbahasan di Parlimen tatkala ura-ura Singapura hendak keluar dari Malaysia dan tuduhan Lee Kuan Yew terhadap pemimpin Melayu ketika itu dengan mengatakan Malaysia hanya untuk Melayu sahaja.

Sebelum merdeka, orang Melayu memegang hampir 90% majoriti kuasa mengundi, tetapi 40% kerusi telah diberikan oleh kepimpinan Melayu kepada bukan Melayu secara besar hati dan di atas semangat setiakawan. Sewaktu itu peratusan pengundi Melayu ialah 88% , kaum India 4% dan  kaum China ialah 8%.

Aneh bila difikirkan kenapa setiap kali apabila PHD4P berkuasa dan memerintah negara ini sasarannya pasti ditujukan kepada Pejawat Awam dan orang Melayu.  Seperti tidak sah selagi mereka yang bergelar pemerintah dari PHD4P isu Pejawat Awam tidak diperkatakan. 

Bila pemimpin D4P iaitu P.Ramasamy membangkitkan isu Pejawat Awam dimonopoli oleh golongan Melayu, ada pula wakil PKR Melayu menyokong. Mungkin kita perlu meminta mereka² ini dan orang Melayu sendiri belajar dari sejarah dan ambil iktibar sama ada kita telah membuat kesilapan atas baik hatinya kita dalam pembinaan dan percaturan negara ini atau sebaliknya?. 

Atau memang sikap segelintir manusia yang tidak mahu mengenang budi dalam tindakan mereka. Seperti mana kita lihat segelintir manusia² yang digelar extremis Hindu di India menyambut gempa bumi di Turkiye dan Syria dengan laungan kegembiraan, sedangkan sewaktu Covid19 melanda India dengan begitu teruk, negara Turkiye berbesar hati menghantar bantuan perubatan ke India. 
Rujuk: https://youtu.be/96cNSfiCjB4
Apakah orang Islam Melayu Bumiputera menjadi sasaran setiap kali mereka berkuasa?. Atau memang budi yang di beri sudah tidak perlu lagi dihargai?.

THR
18.02.2023

####################
Penafian : Tulisan di atas merupakan pandangan peribadi penulis. MAMPUCentre tidak bertanggungjawab atas sebarang isu atau kerugian mana-mana pihak berikutan penulisan di atas.

Ikuti update kami di
Facebook : https://www.facebook.com/MampuCentre
Whatsapp : http://bit.do/MAMPUCentre

Atau anda boleh berdiskusi di group whatsapp kami
http://bit.do/Diskusi-Politik-Malaysia

#MAMPUCentre
#PolitikIslam
#BersihdanStabil

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo