NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Presiden Jerman singgah di Pulau Pinang



PULAU PINANG: Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier singgah di Pulau Pinang hari ini dalam Lawatan Negara tiga hari ke Malaysia.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan isteri Tan Lean Kee menyambut ketibaan Steinmeier dan isteri Elke Budenbender di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tengah hari tadi.

“Mewakili kerajaan negeri dan rakyat Pulau Pinang, saya mengalu-alukan kedatangan tuan dan puan yang terutama dan anggota delegasi…” kata Chow dalam hantaran Facebook hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Sayuthi Bakar dan Duta Besar Jerman ke Malaysia Dr Peter Blomeyer.

Steinmeier yang diiringi delegasi perniagaan singgah di Pulau Pinang yang merupakan lokasi penting perniagaan Malaysia dan industri Jerman bagi melawat pengeluar semikonduktor Infineon dan pakar teknologi B.Braun, selain bertemu pelatih industri mekatronik. -BERNAMA



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo