NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Masa pemimpin bekerja keras, buktikan PN pilihan sebenar rakyat - Armada

Mohd Ashraff berkata apa yang disajikan kerajaan hari ini hanyalah agenda politik 'Machiavellian' demi memperkukuh kuasa dan cubaan mengaburi pemikiran rakyat. - Foto FB Mohd Ashraf Mustaqim


KUALA LUMPUR: Pemimpin Perikatan Nasional wajar menggembleng tenaga bagi memenangi Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Negeri akan datang, sekali gus menjadi bukti parti itulah pilihan sebenar rakyat.
Ketua Penerangan Armada Malaysia, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, PN dan seluruh komponennya harus bangkit untuk berkhidmat demi rakyat dan mengambil peluang atas kegagalan kerajaan campuran Pakatan Harapan - Barisan Nasional yang menghampiri 100 hari pentadbiran mereka.
Dalam reaksi balas terhadap kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata apa yang disajikan kerajaan hari ini hanyalah agenda politik 'Machiavellian' demi memperkukuh kuasa dan cubaan mengaburi pemikiran rakyat.
"Armada Bersatu selaku salah satu elemen Pemuda Perikatan Nasional dalam PN bersedia menterjemah khidmat kami dalam memperkukuh jentera untuk kekal menjadi ramuan menambat jiwa anak muda, malah itulah yang tanpa henti Armada di segenap peringkat lakukan sehingga kini.
"Dalam pada itu selaku Ketua Penerangan Armada Malaysia, saya turut menyeru kekuatan bagi ditumpukan untuk menawan Selangor yang sekian lama berada di bawah pentadbiran PH namun kini tepu tanpa sebarang penambahbaikan," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Tambahnya, PN mempunyai pemimpin yang berpengalaman mentadbir Selangor iaitu bekas menteri besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang pada hematnya telah berjaya merevolusikan Selangor dengan pelbagai inisiatif semasa pentadbirannya.
Semalam, Muhyiddin memberi amaran bahawa tindakan Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencipta pelbagai tuduhan terhadap PN berisiko untuk memakan diri.
Katanya, impak tindakan itu akan mengundang tindak balas melalui gelombang PN yang sudah terbentuk ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan kemuncaknya akan dilihat melalui keputusan enam PRN yang bakal dihadapi tidak lama lagi.

Sumber I Astro Awani 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo