NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mohammed Rashdan dilantik pengerusi baharu Suruhanjaya Tenaga

Mohammed Rashdan dilantik pengerusi baharu Suruhanjaya Tenaga
Suruhanjaya Tenaga (ST) mengumumkan pelantikan Mohammed Rashdan Mohd Yusof sebagai pengerusinya yang baharu berkuat kuasa kelmarin. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tenaga (ST) mengumumkan pelantikan Mohammed Rashdan Mohd Yusof sebagai pengerusinya yang baharu berkuat kuasa kelmarin, menggantikan Datuk Aizan Osman yang tamat tempoh perkhidmatanya pada hari tersebut.

ST, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pelantikan berkenaan atas persetujuan Perdana Menteri, Datuk seri Anwar Ibrahim.

Mohammed Rashdan berkelulusan Sarjana Ekonomi dengan kepujian dari Universiti Cambridge, England dan memulakan kerjayanya sebagai akauntan di PricewaterhouseCoopers (PwC) pada 1992.

Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Urusan, Kumpulan Gamuda Berhad, sejak 2018," menurut kenyataan itu.

ST memaklumkan Mohammed Rashdan pernah menjadi Pengarah Urusan di QuantePhi Sdn Bhd selama enam tahun bermula pada 2012 dan Pengarah Eksekutif Pelaburan di Khazanah Nasional Berhad selama dua tahun pada 2010.

Selain itu, beliau juga pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan ahli Lembaga Pengarah di Maybank Investment Bank selama dua tahun dari 2008.

"ST mengalu-alukan kepemimpinan beliau agar membawa agenda ST ke tahap yang lebih tinggi," menurut organisasi itu.

ST juga merakamkan terima kasih kepada bekas Pengerusi ST, Aizan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dari 8 Mei 2020 hingga 14 Feb tahun ini.

"Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah banyak memberi sumbangan dari segi pengalaman dan idea bernas yang cukup berguna dalam mencapai aspirasi, visi dan misi ST," menurut ST.

-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo