NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ChatGPT tidak sesuai dijadikan rujukan isu hukum agama

PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini dinasihatkan agar tidak menggunakan aplikasi ChatGPT untuk dijadikan sebagai panduan rujukan pelbagai isu mengenai hukum agama kerana kerana jawapan diberikan sistem tersebut adalah salah.

Peringatan mesra itu disuarakan sendiri tokoh ilmuwan Islam terkenal, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berdasarkan penelitiannya mendapati buat masa ini, ia kurang sesuai sebagai rujukan dalam bidang agama Islam memandangkan sistem kecerdasan buatan (AI) di aplikasi tersebut ada banyak masalah.

“Benar kita boleh mengajar AI jika ia menjawab dengan jawapan yang salah tetapi antara elemen utama tiada pada ChatGPT adalah kemampuan menilai isu yang disoal,” katanya menerusi hantaran dalam laman sosial rasmi beliau.

ChatGPT atau Chat Generative Pre-Trained Transformer merupakan bot sembang yang diperkenalkan firma OpenAI pada akhir tahun lepas oleh Sam Altman di Amerika Syarikat.

Ia berasaskan teras model ‘chatbot’ untuk cuba meniru gaya perbualan normal manusia termasuk menulis dan menjawab soalan malah menjadi fenomena seluruh dunia ketika ini.

Bagaimanapun, sistem itu turut dikritik pelbagai pihak akademik kerana dikesan memberi jawapan dengan ketepatan fakta tidak sekata dan boleh diragui kredibiliti.

Tambahan pula, ChatGPT mengumpul data daripada pengguna yang boleh dimanipulasi dengan jawapan tidak logik dan algoritma berat sebelah cenderung kepada pihak tertentu.

Malahan ujarnya, aplikasi itu didapati tiada unsur untuk tarjih atau membuat pemilihan setiap pandangan berbeza untuk menyampaikan jawapan sesuai dengan soalan si penanya.

Padahal tegas beliau, bagi menjawab permasalahan agama memerlukan ilmu dan bukan sekadar maklumat, selain memiliki daya emosi baik, akal yang sihat dan pengalaman luas sekali gus kesemua elemen tersebut akan menentukan jawapan diberikan.

Namun, dalam hal ChatGPT, ia dilihat masih lagi kaku, bahkan adakala memberikan jawapan jauh tersasar yang dapat dikesan menerusi jawapan disampaikan dalam bidang aqidah, fiqh, hadis, sirah, muamalat dan sebagainya yang dibimbangi boleh diseleweng. – UTUSAN


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo