NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bila 'abang besar' DAP bersuara, tak pula dikata rasis - Radzi Jidin

story-image

Anggota Parlimen Putrajaya, Mohd Radzi Jidin mendakwa gesaan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy agar reformasi dilakukan dalam sektor perkhidmatan awam sebagai penghinaan kepada perkhidmatan awam dan orang Melayu.

Pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu menyifatkan kenyataan itu sebagai suara hati DAP yang "amat alergik kepada sesuatu yang didominasi oleh orang Melayu".

"Apabila DAP menguasai kerajaan, sudah tentulah usaha untuk memecahkan dominasi ini menjadi tumpuan utama mereka.

"Perjuangan rasisme atau perkauman melampau sebegini jika tidak dibendung boleh menghancurkan masa depan tanah air yang tercinta ini.

"Walaupun DAP cuba menunjukkan kononnya mereka bersemangat Malaysia dan menghormati masyarakat pelbagai kaum, sikap rasis itu ternyata masih amat tebal dalam diri mereka," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Radzi berkata demikian sebagai mengulas tulisan Ramasamy yang menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwanya didominasi oleh orang Melayu sejak dasar itu dilaksanakan ketika era pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.

Ramasamy berkata hujah lama yang memihak kepada penguasaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi kaum Cina, tidak lagi terpakai.

Dia turut mendakwa turut terdapat diskriminasi kaum secara rahsia yang berkaitan dengan prospek kenaikan pangkat untuk bukan Melayu dalam sektor awam.

Bagaimanapun pemimpin DAP itu kemudiannya mempertahankan tulisan sebagai pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian parti.

Menurutnya cadangan itu dilakukan atas dasar semangat membawa perubahan yang bermakna kepada amalan tadbir urus.

Anwar dalam responnya terhadap kenyataan Ramasamy turut mengatakan padangan itu bukan mewakili DAP.

Sementara itu Radzi berkata perdana menteri tentunya sukar untuk berkeras dengan DAP kerana parti tersebut mempunyai jumlah kerusi terbesar dalam kerajaan campuran PH-BN.

"Keberadaan Anwar sebagai perdana menteri adalah atas ihsan DAP. Maka untuk kekal sebagai Perdana Menteri, hubungan dengan DAP serta aspirasi parti itu mestilah diberi keutamaan.

"Cuba bayangkan sekiranya perkara yang menyentuh kaum lain disentuh oleh pemimpin PN, tentulah berduyun-duyun pemimpin gabungan PH-BN akan menuduh Perikatan sebagai rasis.

“Tapi bila 'abang besar DAP' bersuara yang jelas bersikap perkauman, tiada pula yang kata abang besar ini rasis.

"Cuma saya nak cakap, kita boleh baca 'grand design' kerajaan PH yang di dalamnya ada DAP ini," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo