NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir kilat: Beberapa kawasan di daerah Batang Padang dinaiki air

Hujan lebat lebih dua jam sejak kira-kira pukul 4 petang menyebabkan beberapa kawasan di Daerah Batang Padang dilanda banjir kilat. - Foto ihsan APM


TAPAH: Hujan lebat lebih dua jam sejak kira-kira pukul 4 petang menyebabkan beberapa kawasan di Daerah Batang Padang dilanda banjir kilat.
Menurut jurucakap Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Batang Padang, kawasan yang terlibat ialah Kampung Samy, Taman Highland Parl, Taman Tapah 2, dan Kampung Pahang.
Bagaimanapun, setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
Katanya, hujan lebat menyebabkan air Sungai Charuk melimpahi ke kawasan jalan dan rumah berhampiran.
“Anggota di lapangan melaporkan empat buah rumah di Kampung Samy telah dinaiki air separas buku lali dan penghuni masih enggan berpindah,” katanya di sini hari ini.
Bagaimanapun, kata jurucakap itu, kira-kira pukul 6.30 petang, anggota di lokasi melaporkan mereka telah memindahkan seorang wanita dan anaknya ke Dewan Kampung Samy, sementara menunggu air surut.
Hujan dilaporkan semakin reda dan pihak APM terus membuat pemantauan di kawasan yang berisiko.
Sementara itu, jurucakap APM Daerah Kampar pula berkata, hujan lebat lebih dua jam itu turut menyebabkan Pekan Gopeng dilanda banjir kilat.
Bagaimanapun, katanya, keadaan dilaporkan terkawal dengan pemantauan telahpun dilaksana oleh anggota APM Kampar.
Tiada PPS dibuka, tiada kemalangan jiwa dan rumah yang terjejas dimasuki limpahan air banjir kilat.

Sumber I Astro Awani 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo