NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bagaimana kuasa politk Melayu di Singapura dihapuskan melalui HDB

Tindakan Menteri (DAp) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan - KPKT bawa masuk HDB dari Singapura dapat tentangan terbuka. Menteri tak mampu jawab sebaliknya ugut tindakan undang undang kepada siapa yang berani kritik terbuka..
Kepada menteri DAp Nga Kor Ming å€ŖåÆꕏ  jangan ingat kami pribumi akan diam dan takut dengan ugutan kamu.

Semua sila baca fakta di bawah : 

BAGAIMANA KUASA POLITIK MELAYU DI SINGAPURA DIHAPUS MELALUI HDB 

1. Maklumat ini adalah berdasarkan kajian oleh Prof. Dr. Lily Zubaidah Rahim (2004) yang merupakan rakyat Singapura sendiri. 

2. Pada tahun 1986, mantan PM Singapura Lee Kuan Yew dalam satu forum di NUS mendedahkan niat Pemerintah Singapura untuk mengekalkan dominasi majoriti penduduk Cina kerana beliau bimbang dengan kemerosotan kadar kelahiran etnik Cina yang rendah dibandingkan dengan etnik minoriti yang lebih tinggi. 

3. Pada tahun 1988, Lee Kuan Yew mendedahkan Pemerintah Singapura akan meningkatkan bilangan penduduk Cina di Singapura dengan cara membawa masuk orang Cina dari luar negara. 

4. Pada tahun 1980an juga, usaha Pemerintah Singapura untuk memecahkan kubu kediaman etnik Melayu melalui program penempatan semula dan perumahan awam mula terganggu apabila orang Melayu mula balik semula ke kawasan tradisi Melayu di sekitar Geylang Serai, Bedok dan daerah pantai timur. 

5. Pemerintah Singapura menjangkakan, jika trend tersebut dibiarkan berterusan, menjelang tahun 1999, etnik Melayu akan mencapai jumlah 40% daripada keseluruhan penduduk di kawasan pantai timur. 

6. Sejak merdeka, Pemerintah Singapura telah melaksanakan program penempatan semula dan gerimander kubu kawasan pilihanraya Melayu seperti Pasir Panjang, Geylang Serai dan Kaki Bukit dengan menjadikannya kawasan pilihanraya lebih besar bagi menghakis kuasa undi dan politik etnik Melayu. 

7. Bagi menyekat trend kediaman tumpuan etnik Melayu, kuota kediaman telah diperkenalkan pada tahun 1989 bagi kawasan perumahan awam. Kuota ini memastikan etnik Melayu tidak melebihi 20% daripada jumlah penduduk mana-mana kawasan pilihanraya dan tidak melebihi 22% daripada mana-mana blok perumahan awam. 

8. Bagi etnik Cina, kuota mereka hendaklah sehingga maksimum 80% di kawasan pilihanraya, dan 87% di blok perumahan awam. Kuota dikuatkuasakan dengan bukan Melayu tidak dibenarkan menjual rumah pangsa mereka kepada etnik Melayu. 

9. Sistem kuota ini memang berkesan untuk memastikan kuasa undi kolektif etnik Melayu terhakis sepenuhnya. 

10. Apabila kediaman tumpuan etnik Melayu muncul, ia dari awal akan dibanteras atas alasan berbilang kaum, sedangkan bagi kediaman tumpuan penduduk Cina dikawasan perumahan awam seperti Hougang telah dibiarkan.

DAp & Tabung Haji klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=674588154031305&id=100044403794956&mibextid=Nif5oz
jom ramai ramai HIMPUNAN PERDANA ANAK NEGERI SEMBILAN 13 MAC 2023 di Seremban
( Hide )
  1. Siasat adakah pelancong china yg besar jumlahnya 1.2 juta yg masuk tp tak pernah keluar2 sudah beli mycard dan jadi pengundi hantu dapigs.. Adakah ini agenda meramaikan kaum mereka,adakah peneroka tanah haram kerajaan diraub termasuk jgk pendatang ini. Gempur semua tetmasuk di kampung2 baru.. Ini soal keselamatan dan kedaulatan negara!

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo