NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apabila bekas banduan jadi Perdana Menteri

Kontrak NIISe adalah untuk menggantikan kontrak SKIN bernilai RM3.5 bilion yang diberikan kepada syarikat Prestariang oleh Zahid Hamidi

Malaysia Today

Witch-hunting kerajaan Anwar-Zahid nampaknya belum habis lagi. Bermula dengan tuduhan kerajaan Perikatan Nasional atau PN seleweng RM600 bilion, kemudian turun kepada RM530 bilion, turun lagi kepada RM92.5 bilion, kemudian RM4–RM5 bilion dan, yang terkini, RM300 juta. Hairannya angka-angka yang berubah-ubah ini bukan dipetik daripada Pak Mat tepi jalan, tetapi keluar dari mulut Anwar.

Anwar secara konsistennya telah menjadi tidak konsisten (consistently inconsistent) dalam membuat tuduhan. Mungkin inilah yang berlaku bila bekas banduan jadi Perdana Menteri. Dia lupa pembohongan-pembohongannya yang lalu.

Tuduhan seleweng RM300 juta itupun mungkin akhirnya tinggal RM5 sahaja, sama dengan harga menu rahmah.

Yang terbaru tuduhan kononnya seorang bekas Perdana Menteri beri kontrak kepada anak dan menantu. Ini pun keluar dari mulut Anwar juga. Banyak kali dia sebut. Di dalam Parlimen dan di luar Parlimen. Bekas Perdana Menteri yang mana satu? Dia tak sebut.

Tetapi kiasannya itu disambut oleh beberapa portal berita. Kononnya, bekas Perdana Menteri itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pandai dia karang cerita karut. Kalau dia sebut nama mungkin Tan Sri Muhyiddin saman dia. Dia cuma beri “bayangan” tetapi yang sebut nama ialah orang lain.

Yang penting bagi Anwar ialah untuk mencalar imej Tan Sri Muhyiddin dan memberi persepsi buruk terhadap BERSATU dan Perikatan Nasional. Itu saja yang dia mahu. Betul tak betul belakang kira.

Ini kerana Anwar semakin terdesak dengan imejnya yang semakin teruk disebabkan perbuatannya sendiri. Mana pernah berlaku dalam sejarah negara seorang Perdana Menteri lantik anak sebagai penasihat.

Berbakul Anwar disumpah seranah oleh netizen termasuk oleh para penyokong tegarnya suatu masa dahulu. Jadi Anwar perlukan “diversion tactic” untuk mengalihkan cerita supaya orang tak bercerita tentangnya dan anaknya.

Sasarannya ialah Tan Sri Muhyiddin.

Tetapi Anwar terkenal sebagai seorang yang gelojoh. Sebab gelojohnya nak jadi Perdana Menteri lah dia terpaksa tunggu 24 tahun untuk sampai ke situ. Itu pun penuh dengan tipu helah, pembohongan dan pengkhianatan kepada prinsip perjuangan partinya sendiri.

Gelojoh Anwar kali ini ialah memberi “bayangannya” tanpa usul periksa dulu fakta yang sebenar. Sehinggakan sebuah portal berita menuduh kononnya Tan Sri Muhyiddin beri kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Kebangsaan (NIISe) kepada menantunya.

Orang yang menuduh ini tak selidik dulu sebenarnya kontrak NIISe diberikan kepada IRIS Corporation Bhd melalui proses tender terbuka. Kalau tender terbuka, ada prosesnya di peringkat Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan. Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri semasa kontrak diberikan kepada IRIS tak terlibat dalam proses perolehan dan tak ada kuasa untuk menentukan siapa menang tender. Jadi bagaimana dia nak salah guna kalau kuasa pun tak ada?

Bagi yang nak tahu, kontrak NIISe adalah untuk menggantikan kontrak Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) bernilai RM3.5 bilion yang diberikan kepada syarikat Prestariang secara runding terus semasa pentadbiran kerajaan BN. Menteri Dalam Negeri pada masa itu ialah Zahid Hamidi yang kini menjadi Timbalan Perdana Menteri kesayangan Anwar.

Ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Menteri Dalam Negeri, kabinet kerajaan PH pada masa itu telah membatalkan kontrak SKIN dan digantikan dengan NIISe. Kos kontrak ini telah dikurangkan kepada RM1.1 bilion, iaitu 3 kali ganda lebih jimat daripada kontrak SKIN, dan perolehannya dibuat secara tender terbuka.

Sebenarnya, kalau kerajaan Anwar ini betul-betul nak jaga integriti dan ketelusan, yang perlu disiasat ialah Zahid, bukan Tan Sri Muhyiddin. Tapi apa boleh buat. Ini kerajaan luar tabi’e. Maka apa yang dibuat pun bukan luar biasa, tetapi luar daripada kebiasaan.

Perolehan secara tender terbuka satu bab. Satu bab lagi ialah seperti yang disebut oleh Tan Sri Muhyiddin dalam kenyataannya, tidak ada mana-mana ahli keluarganya mempunyai kepentingan dalam syarikat IRIS yang menang tender NIISe. Ini pun orang yang menuduh tak semak.

Bukan susah nak semak. Maklumat SSM ada di hujung jari. Ini dia senarai Ahli Lembaga Pengarah dan pemegang saham IRIS.

Tan Sri Muhyiddin dah kata tiada seorang pun daripada penama-penama di atas merupakan menantu atau ahli keluarganya. Boleh semak. Bukan susah nak semak.

Yang paling senang nak semak ialah Anwar. Dia Perdana Menteri. Petik saja jari bergegas pegawai SSM berikan maklumat. Tetapi dia bukan jenis yang semak fakta dulu sebelum bercakap. Mulutnya lebih laju daripada akalnya.

Kalau yang dimaksudkan oleh Anwar itu ialah bekas Perdana Menteri lain dan projek lain, maka sebutlah dengan terang supaya portal berita tak reka cerita dan tak buat tuduhan melulu.

Ini tidak. Dia beri “bayangan” dan orang lain buat tuduhan dengan mereka cerita yang bukan-bukan.

Itulah dia Anwar. An ex-convict whom by luck became a rogue Prime Minister.


Sumber | Malaysiatoday 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo