NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Agenda Johor Bersih tahun lepas diteruskan Onn Hafiz

Kerajaan Negeri Johor akan memperhebatkan penguatkuasaan berhubung pembuangan sampah mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). - Foto Facebook Onn Hafiz Ghazi


JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor akan memperhebatkan penguatkuasaan berhubung pembuangan sampah mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata beliau telah berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor serta Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Mohd Noorazam Osman berhubung perkara itu.
Beliau berkata mengikut akta itu mana-mana pihak yang didapati sengaja membuang sampah di tempat awam boleh didenda maksimum RM500 jika disabit buat kali pertama.
Menurutnya dalam usaha Johor menjadi negeri maju menjelang tahun 2030, aspek kebersihan tidak boleh diabaikan.
"Agenda Johor Bersih ini sebenarnya telah dilancarkan sejak tahun lepas, tetapi cabaran sebenar ialah untuk menukar minda dan sikap segenap lapisan Bangsa Johor tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau hari ini.
Sementara itu, Onn Hafiz berkata beliau dimaklumkan harga barangan basah seperti ayam, ikan, timun dan tomato masih tinggi ketika membuat tinjauan di Pasar Besar Larkin hari ini.
Beliau berkata ini membebankan bukan sahaja pihak pembeli, tetapi juga pihak penjual runcit yang terpaksa mengekalkan margin keuntungan biarpun sedikit.
"Saya telah meminta pihak penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup agar meningkatkan pemantauan dan memastikan tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan," katanya.
-- BERNAMA



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo