NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

2 bulan reformasi Anwar

2 BULAN REFORMASI ANWAR

3 Februari 2023, genap 2 bulan pembentukan Kabinet Kerajaan Anwar-Zahid. 

Tempoh 2 bulan yang membuka mata rakyat mengenai keburukan yang ada di dalam kerajaan ini walaupun cuba disucikan dengan rasa takjub kepada Perdana Menteri ke-10.

*_Di sini disenaraikan hasil reformasi kerajaan dalam tempoh 2 bulan untuk menjadi peringatan dan pedoman bersama;_*

1. Mengkhianati prinsip parti dan menyia-nyiakan undi penyokong PH BN.
2. Lantik individu kluster mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri.
3. Anwar melanggar pendirian sendiri dengan memegang dua jawatan dalam Kabinet, Menteri Kewangan dan Perdana Menteri serentak.
4. Ketepikan calon menang untuk beri laluan kepada calon kalah.
5. Batalkan projek tebatan banjir yang belum diluluskan?
6. Menyerang jutawan Melayu dan syarikat Bumiputera.
7. Buat perjanjian persefahaman yang melanggar Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.
8. Sekat penceramah dan pendakwah.
9. Bubar Majlis Pemulihan Negara.
10. Kenaikan 50 peratus harga makanan di kantin sekolah.
11. Ugut pengguna TikTok yang menyokong PN dan sekat lebih 2,000 akaun TikTok.
12. Ulang sejarah lama dengan menyalurkan bantuan banjir kepada Kelantan, Terengganu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
13. Harga bahan asas tak turun, isu telur tidak selesai.
14. ‘Import’ pakar daripada agensi perumahan Singapura, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).
15. Lantik anak sendiri sebagai Penasihat Kanan 

Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Dalam tempoh 2 bulan sahaja, Anwar selesai mengkhianati perjuangan reformasi beliau sendiri. 

Inilah hasil persahabatan Anwar dan Zahid. Menteri lain pula setia menjadi lembu dicucuk hidung tanpa tali leher.

Tahniah dan terima kasih untuk 2 bulan ini. Sebarang soalan atau aduan, sila rujuk Bank Negara.

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat

Sumber : Harakahdaily

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo