NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

WFM hanya sasar satu emas

Skuad wushu negara menjalani latihan menjelang Sukan SEA Kemboja, Mei depan.


KUALA LUMPUR: Satu pingat emas menjadi sasaran Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) pada temasya Sukan SEA Kemboja di Phnom Penh, Mei ini. 

Sasaran realistik itu diletakkan WFM selepas temasya berkenaan menggunakan format pertandingan baharu dengan pihak persatuan menyasarkan emas berkenaan bakal hadir dalam kategori taolu.

Selain itu, WFM turut menyasarkan satu perak dan satu gangsa menerusi acara sama selepas mengambil beberapa faktor persediaan latihan yang sebelum ini terganggu disebabkan pandemik COVID-19.

"Untuk Sukan SEA nanti, 14 pingat emas ditawarkan menerusi taolu manakala enam bagi sanda. Peluang kita lebih cerah dalam taolu kerana atlet kita tidak mempunyai latihan sanda sepanjang COVID-19. 

"Justeru, kita lebih yakin kerana sewaktu COVID-19, atlet menjalani latihan secara sendiri dan berhubung dengan jurulatih," kata Presiden WFM, Datuk Chong Kim Fatt selepas sesi pemilihan atlet negara ke temasya Sukan SEA Kemboja di Gimnasium Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini. 

"Kita juga mempunyai atlet berusia 31 tahun, Wong Wen Son yang juga juara dunia dan mampu memberikan cabaran di peringkat antarabangsa."

Di temasya Hanoi sebelum ini, pasukan wushu negara membawa pulang dua emas, satu perak dan dua gangsa untuk berada di tangga kelima daripada 10 negara yang menyertai sukan berkenaan. 

Vietnam muncul juara keseluruhan dengan 10 emas, tiga perak dan tujuh gangsa manakala Indonesia di tempat kedua, tiga emas, sembilan perak dan tiga gangsa. Singapura berada di tangga ketiga dengan dua emas, tiga perak dan satu gangsa.

Emas negara diraih dalam kategori taolu lelaki dalam acara changquan menerusi Clement Ting Su Wei dan Tan Zhi Yan (taijiquan).


Sumber I BH Online





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo