NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wahai Umno, ini bukti Dap anti Islam

1. Bila di tanya kepada Umno berkenaan kawan baru mereka iaitu DAP, umno bertegas menyatakan DAP menjunjung Islam agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan.

2. Atas alasan itulah antara lainnya menyebabkan mrk sanggup bekerjasama dengan DAP bagi membolehkan Presiden mereka menjadi TPM.

3. Apabila berlaku kejadian ahli politik Sweden membakar kitab suci Al-Quran, DSAI pantas menyelar tindakan tersebut.

4. Wisma Putra memanggil Duta Sweden untuk menyuarakan bantahan rasmi.

5. Tapi tiba-tiba ada pula MP DAP menganjeng Wisma Putra agar memanggil juga kedutaan Afghanistan dan Iran tentang isu-isu hak asasi wanita dan kanak-kanak.
6. Kenapa pemimpin DAP tidak berkongsi sentimen umat Islam di Malaysia yang sedang memendam perasaan terhadap tindakan biadap provokasi agama pemimpin Sweden berkenaan?

7. Adakah Kepimpinan DAP akan mengambil tindakan tatatertib atas kenyataan Kasturi anak perempuan patto ini dan menjarakkan parti dari kenyataan peribadi berkenaan?

8. Nampaknya tidak. Maka adakah ini menunjukkan DAP merestui kenyataan peribadi anak perempuan patto ini?

9. Umno pastinya menyokong kenyataan anak perempuan patto ini kerana dah jadi kawan sekarang.

10. Maka ini bukti bahawa DAP tidak ikhlas menjunjung kesucian Islam sebagai agama persekutuan dan UMNO tak akan mampu berbuat apa-apa dah sekarang.

Dah terkubur tanpa nisan

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo