NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMMAH ajak rakyat bersoladiriti bantah ahlk politik Sweden

UMMAH SERU SEMUA PIHAK BERSAMA DALAM SOLIDARITI BANTAH AHLI POLITIK SWEDEN

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mengajak semua pihak samada NGO, NGI, pemimpin Islam dan ahli politik serta semua ummat Islam di negara ini bersama-sama dalam solidariti himpunan membantah tindakan pihak tertentu di Sweden yang melakukan tindakan melampau membakar naskah Al Quran di hadapan kedutaan Turkiye di Stockholm Sweden.

Himpunan solidariti ini akan diadakan pada hari Jumaat 27 Jan selepas solat Jumaat di masjid KLCC Kuala Lumpur ke Keduataan Sweden.

Tindakan yang menimbulkan kebencian di antara agama ini merupakan satu perbuatan jenayah yang tidak bertamaddun.

Provokasi kepada islamophobia sentiasa diapi-apikan oleh pihak tertentu bagi memburukkan Islam dan penganutnya seluruh dunia.

Diharapkan semua pihak dapat menghentikan perbuatan ini agar masyarakat dunia dapat hidup dalam susasana yang harmoni dan menghormati amalan agama masing-masing.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

25 Jan 2023

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo