NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tanah Rizab Melayu Perak membimbangkan: Laksanakan siasatan

MEDIA arus perdana hari ini menyaksikan isu tanah rizab Negeri Perak yang telah dipindah milik kepada kaum bukan-Melayu yang berpunca daripada pengurusan tanah rizab Melayu di Negeri Perak yang kurang cekap.

Hal berikut menyebabkan kurang lebih 3,214 hektar tanah rizab Melayu di negeri ini telah tergadai kepada bukan-Melayu yang dikira sebagai tidak sah kerana bertentangan dengan Seksyen 19 Enakmen Rizab Melayu dan tidak mengikut Seksyen 419 Kanun Tanah Negara.

Tanah rizab Melayu tersebut dikesan berada di Mukim Jaya Baru dan Sitiawan yang berada di kawasan Perak Tengah. Perkara ini telah didedahkan oleh Jabatan Audit Negara, dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019, Aktiviti Jabatan dan Pengurusan Syarikat Negeri seperti yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 28 September 2021. [1]

Terdahulu, Negeri Perak tercatat sebagai negeri tertinggi mempunyai tanah rizab Melayu, namun kini jadi persoalan apabila ribuan tanah rizab Melayu telah dipindah milik. [2]

Perkara ini amatlah menghampakan serta mengusarkan khususnya bagi orang Melayu di negeri ini. Kerajaan Perak perlu beri penjelasan yang lengkap dan jelas terhadap dakwaan tanah rizab Melayu dimiliki bukan-Melayu ini dan perlu didedahkan kepada umum.

Kerja siapa sebagai dalang sehingga tergadainya Tanah rizab Melayu ini? Apakah tindakan susulan di peringkat kerajaan negeri?

Saya menyeru agar rakyat dan orang ramai apabila perkara ini berlaku wajib dibawa kepada pihak berwajib. Isu ini bukan sahaja menyalahi peraturan dan undang-undang malah melanggar wasiat Raja Melayu sebelum menandatangani persetujuan kemerdekaan. 

YAB Menteri Besar Perak digesa siasat dan bertindak segera demi maruah orang Melayu.

RAZMAN ZAKARIA
Ketua Pembangkang Negeri Perak

Rujukan:

[1] https://lkan.audit.gov.my/laporan/negeri/perak?fbclid=IwAR0msA7cP9n2cxSKBaHVZsssL1V9Brukdbm5Pbr9RIIo-4iTBEaUAbpR2iM 

[2] https://ismaweb.net/2022/08/25/perak-negeri-kedua-tertinggi-catat-keluasan-tanah-rizab-melayu



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo