NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tanah di Raub bakal tergadai kepada peneroka haram durian

Beberapa hari yang lalu, ahli parlimen Raub dari DAP menggesa agar kerajaan Pahang melihat kembali polisi tanah bagi tanaman durian untuk negeri itu. 

Ramai yang tak tahu perkara ini kerana terlalu sedikit liputan media mengenai perkara ini. Setakat ini, saya masih belum menjumpai mana-mana media Bahasa Melayu membuat liputan. 

Hanya sehari selepas ahli parlimen Raub dari DAP membuat gesaan itu, perjumpaan khas tertutup bersama 'pekebun-pekebun' Durian mungkin akan diadakan dengan Menteri Besar atas gesaan mereka. 

Cepat dan efektif sungguh nampaknya DAP memulakan langkah untuk menghalalkan pencerobohan tanah-tanah kerajaan, terutamanya di Pahang. 

Walaupun mahkamah sudah memutuskan bahawa penanaman-penanaman durian secara haram itu sudah diputuskan bersalah dan kini, berada di peringkat rayuan. 

Terdahulu, notis pengosongan tanah oleh penguatkuasa telah digantung sehingga proses rayuan selesai. Maknanya, pencerobohan boleh terus berlaku sehingga kini. 

Kini dan buat kali pertama, DAP berada dalam kerajaan negeri dan menjawat jawatan exco dan pelbagai jawatan agensi dalam kerajaan.

Lebih parah lagi, dengan keadaan UMNO yang dalam 'mood' mensuci dan memanjakan DAP, maka saya kira akan ada lebih banyak kompromi yang bakal berlaku. Pastinya bukan di Raub sahaja, tetapi seluruh Pahang. 

Tahniahlah kepada orang-orang Pahang yang telah mengundi BN dan PH. Biarlah tanah tergadai asalkan parti kita menang, kan?

Kepada orang-orang Raub dan bekas-bekas tentera yang kempunan dinafikan hak untuk memiliki tanah di Raub, berdoa sahajalah. Saya dan rakan-rakan sudah buat apa yang saya termampu sahaja. Mungkin tiada apa lagi saya dapat tolong.

Pergilah menghadap ADUN-ADUN DAP dan BN kesayangan kalian itu. Rayulah pada Menteri Besar tercinta. Moga berjaya. 

Saya yakin dalam keadaan politik pada hari ini, bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk segala apa yang haram seperti pencerobohan untuk dihalalkan nanti. Malah disuci-sucikan lagi. 

Maka, meloponglah anak-anak Pahang. 

#DoakanPahang 
#PrayForPahang

Aminuddin Yahaya
Gagasan Bangsa 
30 Januari 2023

Rujukan:


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo