NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Seorang terbunuh, 60 cedera dalam rempuhan di stadium

Peminat bola sepak cuba memasuki Stadium Antarabangsa Basra untuk menonton perlawanan akhir Piala Teluk Arab ke-25 antara Iraq dan Oman di Basra, Iraq. - Foto Reuters



BAGHDAD - Seorang terbunuh dan 60 yang lain cedera dalam rempuhan di kawasan stadium di selatan Iraq, ketika peminat bola sepak membanjiri kawasan itu untuk menonton aksi pasukan kebangsaan mereka pada Khamis.

Agensi berita Iraq memetik sumber perubatan bahawa sebahagian daripada mereka yang cedera berada dalam keadaan kritikal, lapor agensi berita Jerman dpa.

Iraq bertemu Oman dalam perlawanan akhir Piala Teluk Arab di Bandaraya Basra.

Video dalam talian menunjukkan orang ramai di luar stadium.

Dua minggu lepas, presiden FIFA Gianni Infantino menghadiri perlawanan pembukaan Piala Teluk Arab ke-25 di Basra.

Iraq menganjurkan kejohanan lapan pasukan itu buat kali pertama sejak 1979. - Bernama



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo