NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sensitiviti Agama Perlu Diutamakan

Kenyataan Media ADUN Penaga: Sensitiviti Agama Perlu Diutamakan


Saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga menyokong usaha ahli parlimen Permatang Pauh; YB Ustaz Muhammad Fawwaz bin Mat Jan yang menegur promosi arak secara terbuka di pasaraya bawah parlimen beliau.

Ini berdasarkan peratusan pengundi Melayu Islam di kawasan beliau 74.49% dan menjadi kewajipan beliau untuk menjaga sensitiviti umat Islam di sana.

Sensitiviti arak ini dilihat gagal diuruskan dengan baik oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Perkara ini boleh dilihat daripada bilangan premis arak yang dibenarkan di negeri ini.

Sehingga tahun 2020, sebanyak 80 lesen kebenaran jualan arak telah dikeluarkan di DUN Bayan Lepas, kedua terbanyak selepas DUN Komtar dengan 108 lesen. Walhal DUN Bayan Lepas mempunyai pengundi Melayu sebanyak 65.05%.

Saya pernah bertanya bilangan pembeli arak di semua DUN Pulau Pinang dalam sidang DUN, namun kerajaan negeri kata tiada maklumat.

Bagaimana lesen penjualan arak boleh dikeluarkan dengan begitu banyak di tempat ramai orang Melayu Islam sedangkan tiada data menunjukkan keperluan untuk dijual dengan banyak dan perkara ini cukup sensitif kepada umat Islam.

Kerajaan negeri perlu belajar dengan kerajaan negeri Kedah berkaitan penjualan arak yang hanya dijual di tempat majoriti bukan Melayu Islam dan dijual hanya mengikut keperluan.

Kita berharap agar sensitiviti agama dapat dipelihara dalam negara kita yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Perkara ini amat penting dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan negara.

Terima kasih.


“Malaysia Sejahtera”


YB USTAZ MOHD YUSNI BIN MAT PIAH
ADUN Penaga


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo