NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rumah Baharu Mangsa Banjir Siap Bina Tiga Hari

BESUT 10 Januari - Dua buah rumah baharu untuk mangsa banjir di Kampung La, Hulu Besut siap dibina dalam tiga hari oleh hampir 150 sukarelawan Pertubuhan Prihatin Anak Watan Terengganu.

Pengerusinya, Asmawi Mukhtar berkata, lebih empat organisasi terlibat dalam pembinaan yang dibuat secara gotong-royong itu.

"Rumah ini dibina dengan diberikan tempoh dua hari untuk disiapkan, alhamdulillah kami berjaya selesaikan.

"Kami akan cuba sedaya upaya tanpa sebarang upah untuk meringankan tuan rumah supaya ada tempat perlindungan kekal," katanya kepada wartawan UPDI hari ini. 

Katanya lagi, bagi memastikan perancangan pembinaan berjalan mengikut masa ditetapkan, beliau mengagihkan tugas mengikut kepakaran sukarelawan masing-masing.

"Turut terlibat dalam program bina rumah ini antaranya adalah Pusat Khidmat Masyarakat Hulu Besut, PAS Besut, Hulu Besut Care, Gong Tok Nasek (GTN) Care , Khidmat Malaysia Terengganu, Jabatan Amal, Pasukan Keselamatan Negeri Terengganu, Surau Al-Hikmah, Pemuda PAS Terengganu, Lasak ," ujarnya.

Jelasnya, program bina rumah hanyut banjir ini merupakan kali keempat selepas misi yang sama di Pahang dan Hulu Terengganu sebelum ini.

"Terima kasih diucapkan kepada semua yang bekerjasama menyahut hasrat kerajaan negeri Terengganu untuk memantu bina baru rumah mangsa banjir," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo