NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

4,069 pelancong China tiba di Malaysia sejak Ahad

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan seramai 4,069 pengembara dari China tiba di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) sejak Ahad lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Nurhyati Rusli berkata, setakat ini, tiada kes Covid-19 daripada kesemua pengembara berkenaan malah, tiada sebarang gejala dikesan.

Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau perkara itu termasuk melakukan persampelan air kumbahan bagi pesawat yang tiba dari China.

“Saringan dan pemantauan akan sentiasa ditingkatkan bagi mengesan sebarang varian baharu Covid-19,” katanya pada sesi taklimat khas kepada media di sini, hari ini.

Dr. Nurhayati berkata, kementerian juga akan menilai secara dekat perkembangan mutakhir serta bekerjasama rapat dengan negara serantau khususnya negara jiran seperti Thailand dan Singapura serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam memperkukuhkan strategi kawalan dan pencegahan penularan.- KOSMO! ONLINE


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo