NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TM dapat lanjutan konsesi MyGov*Net bernilai RM4.9 bilion

Telekom Malaysia Bhd (TM)

KUALA LUMPUR: GITN Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia Bhd (TM), menerima Surat Pemberitahuan Pelaksanaan daripada kerajaan untuk melanjutkan konsesi MyGov*Net selama 10 tahun lagi.

Pelanjutan konsesi bernilai RM4.9 bilion itu adalah untuk tempoh dari 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2032.

"MyGov*Net akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan TM bagi tahun kewangan semasa berakhir 31 Disember 2023 dan juga sepanjang tempoh konsesi berlangsung.

"Konsesi baharu ini lebih rendah dari segi nilainya berbanding sebelum ini terhadap kesan ke atas pendapatan kumpulan TM sepanjang tempoh konsesi," kata TM dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

MyGov*Net ialah rangkaian telekomunikasi bersepadu yang menghubungkan lebih 10,000 premis kerajaan di Malaysia dan kedutaan Malaysia di luar negara.

Rangkaian kerajaan yang selamat dan berdedikasi ini berintegrasi dengan intranet, internet, rangkaian kerajaan dan pusat data sektor awam.

-BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo