NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi, sama tapi tidak serupa

SEMUA terkejut dan tidak jangka sang pereka formula dahulu, kini menjadi kejian dan makian rakyat. 


Beberapa formula yang menyebabkan rakyat semakin marah kepada Rafizi;

Formula 1: Rakyat diminta tak makan ayam jika ayam mahal. 

Terkejut beruk rakyat apabila inilah formula agung yang dikemukakan oleh Rafizi. Rakyat mengamuk. 

Formula 2: Rakyat diminta pulau restoran dan kedai makan. 

Formula ini ternyata mengundang kemarahan rakyat lagi kerana cadangan sebegini pihak persatuan pengguna pun boleh bagi tahu. 

Bermulanya pembeli yakni rakyat merah muka. 

Formula 3: Peniaga diminta turunkan harga kerana harga bahan mentah sudah turun.

Formula ini pula menjemput kemarahan para peniaga yang terkilan kerana realitinya bahan mentah masih sama dan tiada penurunan. Peniaga dan usahawan pula marah.

Formula 4: Rafizi dengan yakin mengatakan dalam sebulan geng PN yang pertikai dia, akan terduduk. 

Hari ini genap sebulan, geng PN isytiharkan hari ini sebagai HAri TerdUdUk se-malaysIa (HATUUI). Ternyata Rafizi dihattuuiiikan dan terduduk. 

Penyokong PN makin geram dengan Rafizi.

Formula 5: Rafizi kata dia tak tuduh Dato’ Tuan Ibrahim (TITM) dalam isu tender, tapi jemput beri penjelasan.

Ketika kempen, bermati-matian Rafizi menyerang TITM serta mahu lawan di mahkamah. Hingga penyokong PH buat modal siang malam. Ternyata ia formula jilat ludah.

Penyokong PH mula putus angin, nak kena jilat rangkaian tuduhan pada TITM. 

Semua marah pada Rafizi, dari segi ekonomi pembeli marah, penjual pun marah. Dari segi politik pula penyokong PN marah, penyokong PH pun marah. 

Penyokong BN? Mungkin rasa lega, sebab Zahid dah tak kena bantai. 

Kita tertanya-tanya, apakah otak formula Rafizi tertinggal atau tertanggal di depan pintu Kementerian Ekonomi?

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo