NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Pulau’ bukan filem porno – LPF



KUALA LUMPUR – Lembaga Penapisan Filem (LPF) mendapati terdapat perbezaan antara kandungan treler yang dikongsikan dalam media sosial dengan kandungan yang dikemukakan untuk penapisan.

Katanya, LPF sentiasa peka dengan tatasusila serta sosiobudaya masyarakat Malaysia dan melaksanakan penapisan filem sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan

“Filem Pulau adalah merupakan sebuah filem seram dan bukan filem porno seperti yang digembar-gemburkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Ahmad Fahmi Fadzil berpendapat filem Pulau tidak sesuai untuk ditayangkan dan menyarankan badan berwajib meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan perkara ini tidak  berulang.

Filem Pulau telah mendapat kelulusan LPF pada September 2022 menerusi tugasan penapisan yang dilaksanakan panel tiga orang Ahli Lembaga Penapis.

Trailer filem terbitan WebTVAsia dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce Studio mencetuskan kontroversi apabila memaparkan babak panas, selain menunjukkan pelakon wanita berbikini.

Pulau mengisahkan percutian impian sekumpulan rakan di pulau eksotik berubah menjadi mimpi ngeri apabila berlaku kejadian mistik dengan kehadiran makhluk ilmu hitam.

Menurut LPF, pihaknya melaksanakan tugas berdasarkan kepada Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] yang menetapkan fungsi penapisan filem dan bahan publisiti filem yang disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan secara fizikal (konvensional) kepada masyarakat umum di Malaysia, kecuali melalui internet.

Katanya, dalam mengeluarkan sesuatu keputusan ke atas penapisan kandungan filem dan bahan publisiti filem, LPF akan meneliti dan memberikan perhatian khusus berpandukan kepada Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) Kementerian Dalam Negeri 2010.

Ia  merangkumi aspek-aspek keselamatan dan Ketenteraman Awam, keagamaan, sosiobudaya dan ketertiban dan ketatasusilaan.

“LPF mengambil maklum akan isu yang berbangkit bagi filem bertajuk Pulau yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat umum di Malaysia setelah promosi filem ini dimulakan melalui perkongsian poster dan sedutan treler filem menerusi media sosial,” ujarnya.

Katanya, treler filem Pulau telah ditayangkan secara dalam talian (melalui platform internet) dan didapati kandungan yang ditayang adalah di luar bidang kuasa LPF. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo