NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKR rangka rancangan lima tahun yakinkan rakyat Kelantan, Terengganu

story-image
mk-logo
PKR bakal melancarkan rancangan lima tahun bagi membina kekuatan parti di peringkat akar umbi dalam usaha meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap parti itu khusus bagi negeri Kelantan dan Terengganu.

Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli, berkata pendekatan itu adalah perancangan jangka masa panjang sebelum berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Menurutnya, rancangan lima tahun itu dijangka dilancarkan akhir Februari depan dan digerakkan bermula 1 Mac nanti.

“Menerusi rancangan lima tahun sehingga 2028 itu, ia akan memberi penekanan kepada kemahiran keanggotan PKR di Kelantan dan Terengganu, kualiti dan kehadiran anggota membabitkan masyarakat.

“Bagi usaha itu, pimpinan PKR di peringkat pusat akan turun padang bagi membantu pimpinan negeri supaya usaha yang dilaksanakan itu berjaya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pilihanraya Negeri Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Hadir sama, Naib Presiden PKR merangkap Pengerusi PKR Kelantan dan Terengganu, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga menteri ekonomi berharap semua anggota PKR di negeri tersebut bersedia dan mengambil peluang bagi memastikan PKR diterima masyarakat.

Sementara itu Rafizi turut mengumumkan penubuhan Koperasi PKR yang akan dilancarkan dalam masa sebulan dari sekarang.

Menurutnya koperasi itu akan dianggotai ahli-ahli parti di seluruh negara sebagai usaha untuk mengupayakan ekonomi rakyat.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo