NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ibu Dr. Maza meninggal dunia

KANGAR : Ibu kepada Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin iaitu Che Puteh Awang meninggal dunia pagi ini.

Mohd. Asri atau Dr. Maza memaklumkan berita sedih tersebut melalui Facebook dan Instagram miliknya kira-kira pada pukul 9 pagi ini.

“Ibu yang saya kasihi, pintu hidup saya dalam dunia ini baru sahaja meninggal dunia.

“Pohon semua mengenali beliau memaafkan kesalahannya jika ada. Pohon semua yang mengenali saya berdoa keampunan untuk ibu saya,” katanya dalam status Facebook hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan punca sebenar ibunya meninggal dunia.

Difahamkan, jenazah ibu Mohd. Asri akan disolatkan selepas Asar di kediaman beliau di
Muqim Bilai Udoh, Bukit Keteri, Chuping.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Muqim Bilai Udoh, Bukit Keteri, Chuping.

Pada April tahun lalu, bapa Mohd. Asri meninggal dunia selepas beberapa hari mendapatkan rawatan di hospital ekoran strok.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli mengutuskan salam takziah kepada seluruh keluarga Mufti Perlis.

“Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan atas kembalinya ibu tercinta ke negeri abadi,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.- UTUSAN


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo