NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pesiden baharu UMNO – Angkat orang tanpa rekod mahkamah, tak kuat menipu, tak kencing ahli seperti Zahid

Dalam satu kenyataan di Facebook, Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan, mempersoalkan siapa calon yang mahu diangkat menjadi Presiden dan Timbalan Presiden jika dua jawatan itu dipertandingkan pada pemilihan UMNO.

Nur Jazlan membayangkan bahawa calon-calon yang ada samada pengecut, liberal atau gagal sebagai perdana menteri.

Walaupun tidak menyebut nama, amat jelas bahawa beliau merujuk kepada Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin.

Namun, kenyataan Nur Jazlan langsung tidak berasas.

Pertama, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri berjanji bahawa sekiranya Barisan Nasional menang Pilihan Raya Umum ke-15, Ismail Sabri akan menjadi calon tunggal perdana menteri gabungan itu.

Ini bermakna, presiden UMNO yang Nur Jazlan sedang pertahankan sendiri percaya kepada kepimpinan Ismail Sabri dan tidak berpendapat bahawa kerajaan pimpinan Ismail Sabri gagal.

Kedua, Khairy Jamaluddin berkata benar, bahawa Barisan Nasional kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 disebabkan skandal 1MDB dan penglibatan langsung perdana menteri dalam skandal itu.

Ketiga, tidak timbul isu “broker yang nak jual maruah UMNO kepada parti lawan,” kerana Zahid sendiri bersubahat dengan parti lawan yang dimaksudkan sebelum Langkah Sheraton untuk membentuk kerajaan bersama.

Jadi nyata Nur Jazlan terdesak untuk mengekalkan Zahid sebagai presiden UMNO dan sedang memutar belit fakta untuk kepentingan Zahid.

- Thirdforce



Cara mengecutkan prostat dan meningkatkan "rahsia lelaki"!
Prostanil

Kadar pinjaman peribadi ini mungkin mengejutkan anda
Gelintar Iklan

Rolex Daytona replika diskaun 90% hari ini
Men's Watches

Tidak perlu laser jika mata anda mula kabur!
I-Care
Perlu saya ingatkan bahawa Zahid seharusnya dipecat daripada UMNO kerana melanggar ketetapan “no Anwar, no DAP” pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.

Demi menghalalkan kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP, Zahid menjaja naratif palsu kononnya Yang Di-Pertuan Agong menitahkan bahawa semua ahli parlimen Barisan Nasional perlu bekerjasama dengan Pakatan Harapan dalam kerajaan.

Hakikatnya, Zahid memperdaya kesemua ahli parlimen Barisan Nasional apabila mengutuskan warkah rahsia kepada Yang Di-Pertuan Agong dan menipu kononnya kesemua ahli parlimen berkenaan menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Warkah ini diutuskan sehari selepas Zahid sendiri membuat ketetapan yang dipersetujui oleh kesemua hali parlimen Barisan Nasional, bahawa gabungan itu akan kekal sebagai pembangkang tanpa menyokong Anwar atau Tan Sri Muhyiddin Yassin.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo