NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penduduk Wuhan berpesta sambut Tahun Baharu 2023, tidak endah peningkatan kes Covid

BEIJING – Beribu-ribu penduduk bandar Wuhan berkumpul pada malam Sabtu lalu menjelang sambutan Tahun Baharu 2023, di tengah-tengah gelombang Covid-19 yang melonjak sejak Disember 2022, lapor laman berita Wion News semalam.

Orang ramai berkumpul di bandar yang dianggap sebagai tempat asal Covid-19 itu dan menyertai pelbagai aktiviti khususnya melepaskan belon ke langit. Ia merupakan tradisi di China.

Sebilangan mereka memakai kostum berwarna-warni dan pakaian yang mematuhi peraturan asas pencegahan Covid-19 termasuk pelitup muka.

Gelombang baharu Covid-19 telah menjangkiti ribuan orang di China selain membunuh ramai penduduk, demikian menurut firma kesihatan Airfinity yang berpangkalan di Britain. 

Pegawai polis, Pasukan Taktik dan Senjata Khas (SWAT) dan petugas keselamatan lain ditugaskan untuk memantau orang ramai di kawasan menara jam lama di Rumah Kastam Hankou, Wuhan.

Mereka memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak berdiri dalam kumpulan besar, tetapi tiada sesiapa yang mempedulikannya selepas kelonggaran dasar sifar Covid-19. 

Penduduk bandar Shanghai yang menyaksikan sekatan berat dan panjang semasa dua gelombang pertama wabak itu telah melawat Bund, laluan tepi sungai yang bersejarah.

Bagaimanapun, ramai pelawat mendakwa bahawa laluan itu tidak sesibuk seperti tahun lalu.

Restoran-restoran berdekatan kawasan itu menerima tempahan 20 peratus lebih banyak pada Malam Tahun Baharu berbanding hari-hari biasa.

Orang ramai menyebut bahawa selepas sekatan dilonggarkan, sebilangn penduduk takut untuk keluar kerana jangkitan telah meningkat.

Bagaimanapun, ramai penduduk berharap agar tahun ini akan menjadi lebih baik dan lebih normal berbanding dua tahun sebelumnya. – Agensi 


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo