NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘No Anwar No DAP’ hantui PH, UMNO hadapi PRN enam negeri

Perkahwinan’ antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, bukan atas dasar ‘cinta’ atau persamaan ideologi politik, terutama apabila kerjasama itu memerlukan penglibatan DAP.

Setelah kedua-duanya menggadaikan beberapa prinsip perjuangan parti masing-masing bagi menubuhkan Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi PH dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Pengerusi BN), gabungan itu kini perlu bekerjasama pada peringkat negeri.

Namun, seperti kata penganalisis politik, kerjasama PH dan BN, khususnya dalam menghadapi enam pilihan raya negeri (PRN) yang dijadual dalam beberapa bulan lagi, bakal memberi kesan besar kepada parti komponen kedua-dua gabungan itu.

Walaupun, slogan ‘No DAP No Anwar’ mula dilaungkan akan umbi UMNO, namun ianya juga akan membayangi parti komponen PH, terutama DAP, apabila kedua-duanya menjalin kerjasama, sekali gus mengetepikan sentimen penyokong masing-masing.

Dalam erti kata lain, sentimen itu dilihat tidak akan memberi kelebihan sama ada kepada PH atau BN, khususnya UMNO, sekali gus menjadi cabaran kepada kedua-dua parti untuk mencatat kemenangan selesa termasuk di kubu kuat PH di Pulau Pinang.

Untuk rekod, enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, akan mengadakan PRN masing-masing dalam tempoh tiga empat bulan lagi, kerana penggal DUN ke-15 akan tamat menjelang Julai.

Ketua Program Komunikasi Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Prof Madya Dr Lee Kuok Tiung ketika mengulas isu itu berkata perkara itu juga menjadi cabaran terbesar dalam `perkahwinan’ politik antara PH dan BN ketika ini, terutama dalam tempoh singkat menjelang PRN.

Menurutnya ini kerana perseteruan kedua-dua gabungan itu sudah berlangsung cukup lama dan sebati dalam kalangan pengundi, malah sehingga ke Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

“Perkahwinan antara BN dan PH adalah atas dasar strategik, bukannya ‘cinta’ atau persamaan ideologi politik. Biarpun begitu, kerjasama BN dan PH membentuk kerajaan ketika ini boleh dianggap suatu bentuk persefahaman antara kedua-belah pihak di peringkat Pusat.

“Persoalannya ialah bagaimana kerjasama tersebut boleh dipanjangkan pada peringkat negeri termasuk di Pulau Pinang,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata jalinan kerjasama antara DAP dan BN pada PRN akan diperincikan selepas mesyuarat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, ditanya mengenai peluang kerjasama PH dan BN tersebut dalam berdepan persaingan Perikatan Nasional, Kuok Tiung berkata, sentimen pilihan raya di peringkat negeri (PRN) dan umum (PRU) adalah berbeza.

Namun katanya, PH dan BN wajar berasa bimbang melihat kepada ‘gelombang hijau’ pada PRU-15 lalu.

“Kubu kuat PKR di (Parlimen) Permatang Pauh pun boleh ditumbangkan Perikatan Nasional pada PRU-15. Jadi sentimen di kawasan-kawasan majoriti Melayu itu sudah pastinya sedikit sebanyak membimbangkan PH dan BN,” katanya menurut Utusan.

Mengulas lanjut Kuok Tiung berkata, beliau juga beranggapan kerjasama antara PH dan BN ketika ini hanya untuk jangka masa pendek dan tidak akan mampu bertahan lebih lama.

“Pada saya, kerjasama tersebut hanya akan menguntungkan salah satu pihak, sama ada UMNO akan terus makin tidak relevan atau lemah dan PKR mengambil alih peranan UMNO dalam politik negara atau UMNO akan bangkit mengatasi pesaing mereka,” katanya.

Sumber | Agendadaily


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo