NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MENSTABILKAN HARGA ATAU MENURUNKAN HARGA?

MENSTABILKAN HARGA ATAU MENURUNKAN HARGA?

Isu kenaikan harga daging khinzir bukanlah isu baharu kerana mana-mana daging termasuk ikan harganya meningkat dari masa ke masa. Jika nak dibandingkan harga daging lembu dan daging khinzir, lebih utama diberikan perhatian terhadap daging lembu segar yang tinggi di pasaran. 

Hakikatnya, semuanya menghadapi masalah yang sama ; harga semakin tinggi. 

Formula yang dicanang sekarang adalah untuk MENSTABILKAN HARGA, bukannya untuk menurunkan harga. Itulah kempen yang dibawa ke serata negara ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 lebih-lebih lagi oleh PMX yang cukup yakin bahawa kos sara hidup akan turun. 

Menstabilkan harga lebih kepada untuk mengawal harga jualan supaya tidak terlalu tinggi lebih-lebih lagi apabila menjelang hari perayaan ataupun apabila tiba musim cuti sekolah.

Kebetulan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) memulakan hari pertama kerjanya tahun 2023 ini dengan membincangkan isu harga daging khinzir maka terpaksalah mengadap sindiran dan teguran netizen. 

Mana tidaknya, harga ayam dan telur ayam sedang hangat dibincangkan ketika ini kerana ia adalah keperluan semasa untuk semua sama ada untuk keperluan sendiri atau yang akan 'order' makanan seperti roti telur atau telur separa masak setiap kali bersarapan. Tiba-tiba isu harga daging khinzir dapat perhatian massa.

Kawalan terhadap harga barangan keperluan akan terus menjadi isu selagi mana ia tidak dapat memuaskan hati rakyat. 

Ini baru berkaitan dengan ayam, telur dan daging, belum lagi melibatkan barangan yang lain. Jika tanya kontraktor ; harga simen, kayu dan besi meningkat naik sehingga ada yang terkesan untuk laksanakan projek. Jika tanya pengusaha makanan ; harga kuih, lauk-pauk dan makanan lain juga terkesan sebab bahan mentah untuk sediakan makanan juga naik.

Formula yang dicanang-canangkan perlu direalisasikan. Walapun nampak senang ketika bercakap di atas pentas-pentas ceramah, apa yang penting ianya direalisasikan. Kuasa di tangan anda ketika ini, gunakan dengan sebaiknya. 

Apa yang mesti dilaksanakan oleh Pemerintah bukan sahaja untuk menstabilkan harga tetapi menurunkan harga. 

4 Januari 2023

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo