NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Masih ada berani dan waras, KJ puji ahli Umno lapor usul jawatan ‘top 2’ tak ditandingi

Khairy yakin kredibiliti Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk menyemak usul supaya tiada pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin memuji dua ahli Umno yang membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berhubung usul tiada pertandingan untuk dua jawatan tertinggi.

Menurut bekas ketua pemuda Umno itu, ia menunjukkan masih ada ahli parti berkenaan yang berani dan waras.

“Well done guys (syabas kawan-kawan). Saya yakin dengan kredibiliti RoS (JPPM) untuk buat semakan terhadap usul Rembau di PAU (Perhimpunan Agung Umno),” tulis bekas menteri kesihatan itu di Instagram.

Hari ini, dua ahli Umno membuat laporan kepada JPPM bagi meminta satu siasatan kemungkinan berlakunya perlanggaran perlembagaan parti berhubung usul tiada pertandingan untuk dua jawatan tertinggi.

Ahli Umno Terengganu Aizat Fikri Nasir dan ahli Umno Negeri Sembilan Fiqri Firdaus mendakwa usul yang dibentangkan dalam PAU baru-baru ini melanggar Artikel 10 perlembagaan parti itu.

“Mengikut peraturan, usul itu perlu dikemukakan 14 hari sebelum perhimpunan atau tujuh hari sekiranya dibentangkan oleh ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

“Ia juga boleh dikemukakan pada hari perhimpunan itu sendiri sekiranya MKT Umno menjelaskan ia adalah perkara penting dan berkaitan dengan kepentingan awam,” kata surat itu yang dilihat FMT.

Bercakap kepada wartawan selepas memfailkan aduan itu Aizat berkata, tiada perbincangan dibuat mengenai usul itu bersama ahli akar umbi, dan tiada penjelasan daripada MKT Umno.

Katanya, usul itu juga tiada kena mengena dengan kepentingan awam.

Ketika perhimpunan pada 14 Jan lalu itu, wakil Negeri Sembilan Shukri Shamsudin dari Umno Rembau mencadangkan usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan ketika pemilihan parti yang mesti diadakan sebelum 19 Mei ini.

Usul itu diluluskan dengan undian suara.

Ahli Umno dilaporkan berbelah bahagi sama ada dua jawatan tertinggi itu harus dipertandingkan atau tidak, dengan sebahagian berkata, ia berisiko menyebabkan parti berpecah-belah.

Sebahagian pula lagi berpendapat, ia membolehkan presiden Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya Mohamad Hasan membuktikan mereka mendapat sokongan akar umbi.


Sumber I FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo