NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mapim bantah kelulusan filem Pulau, banyak adengan tak senonoh

SHAH ALAM – Bantahan terhadap kelulusan tayangan filem bergenre seram, Pulau oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) terus memuncak apabila Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa supaya disemak semula.

Menurut Presiden Mapim, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, filem tersebut amat sekali tidak sesuai ditonton awam ekoran terdapat banyak adegan tidak senonoh menerusi trailer filem yang tular di media sosial.

Justeru katanya, Mapim mempersoalkan bagaimana filem itu boleh diluluskan tayangan bermula 1 Mac depan.

“Jadi, kita minta LPF menyemak semula kelulusan yang diberi. Mapim membantah sebarang bahan media yang menonjolkan unsur kelucahan melampau. ini bercanggah dengan Rukun Negara berkenaan kesopanan dan ketatasusilaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam kenyataanya memaklumkan tidak bertanggungjawab memberikan kelulusan tayangan filem bergenre seram, Pulau yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengandungi adegan panas dan lucah.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof Dr. Md. Nasir Ibrahim berkata, garis panduan kandungan penerbitan terletak di bawah bidang kuasa LPF. -KOSMO!ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo