NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lagi kes Macau Scam, suri rumah pula rugi RM140,000 diperdaya ‘pegawai polis’ Rohani

LUMUT – Seorang wanita warga emas ‘berputih mata’ apabila wang tunai berjumlah RM140,000 dalam akaun banknya lesap akibat penipuan ‘macau scam’.

Wanita berusia 66 tahun dan tidak bekerja itu pada mulanya dihubungi seorang individu menyamar sebagai pegawai polis bernama Rohani pada Oktober lalu mendakwa mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan akan ditangkap.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, wanita itu kemudian diminta memindahkan wang daripada akaun Tabung Haji ke akaun bank lain miliknya.

“Mangsa kemudian diminta menyerahkan butiran bank kepada ‘scammer’ tersebut yang kemudian memindahkan wang mangsa di dalam akaun bank itu ke akaun individu tidak dikenali.

“Wang RM140,000 itu dipindahkan sedikit demi sedikit dalam tempoh tiga bulan iaitu bermula Oktober sehingga penghujung bulan lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa hanya menyedari ditipu selepas semakan yang dilakukan pagi semalam mendapati wang dalam akaun banknya berkurangan, sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung tengah hari semalam.

Nor Omar juga memaklumkan sepanjang tahun lalu, pihaknya menerima 87 laporan kes penipuan ‘macau scam’ di daerah Manjung melibatkan transaksi berjumlah RM2.4 juta. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo