NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lantikan: Antara nepotisme dan pematuhan prosedur perkhidmatan

SETELAH geger isu lantikan anak Perdana Menteri ke-10 selaku Penasihat Kanan Kewangan dan Ekonomi kepada Perdana Menteri ke-10, mengikut hukum kronisme dan nepotisme, juga keabsahan integriti prosedur lantikan tanpa gaji yang boleh menyumbang ketirisan, nampaknya bala tentera siber BN-PH dikerah habis-habisan menegakkan benang yang basah.


Dalam keributan mempertahan itulah munculnya serangan balas mengaitkan pelantikan dua anak Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar dalam agensi negeri iaitu PKINK. Nampak bersungguh mengaitkan persamaan dengan kes lantikan anak Perdana Menteri ke-10.

Namun barangkali cybertooper BN-PH terkhilaf antara lantikan kerja yang mengikut prosedur perkhidmatan PKINK oleh kedua-anak Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar dengan kaedah lantikan kronisme dan nepotisme Perdana Menteri ke-10 dalam kes Nurul Izzah.

Sayugia saya ingin membuat sedikit pembetulan atas kesalahan tuduhan;

1. Perdana Menteri ke-10 melantik anaknya selaku Penasihat Kewangan Dan Ekonomi menggunakan kuasanya semata-mata secara lantikan politik manakala PKINK melalui Kuasa Ketua Pegawai Eksekutifnya memilih kedua anak Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar mengikut prosedur biasa lantikan perkhidmatan, iklan dan temuduga mengikut kelayakan.

2. Perdana Menteri ke-10 yang melantik anaknya, menggunakan kuasanya. Manakala dalam kes Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar kedua-duanya langsung tidak ada kaitan dengan urusan pelantikan. Seorang Ahli Lembaga Pengarah tiada dalam SOP pelantikan kakitangan, apa lagi jawatan-jawatan melibatkan operasi. Lantikan dibuat melalui SOP lantikan perkhidmatan dan BOD bukan dalam hierarki pengurusan.

Cukuplah dua kenyataan ini menolak cubaan mengaitkan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar dalam isu kronisme dan nepotisme anutan Perdana Menteri ke-10. Langsung tidak sama.

Rakyat memerhati dan boleh menilai betul salah. Tidak cukupkah hanya sekadar menasihat di rumah? 

Tidak perlu sampai melantik anak menasihat bapa dalam urusan kerajaan melalui kuasa berjawatan sekalipun percuma.

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
14 Rejab 1444 / 30 Januari 2023 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo