NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KJ puji tindakan berani ahli UMNO lapor RoS

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memuji tindakan berani dua ahli parti itu yang mengemukakan aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) supaya membuat semakan berhubung isu dua jawatan tertinggi UMNO yang tidak dipertandingkan.

Well done guys, ada yang masih berani dan waras dalam UMNO. Saya yakin dengan kredibiliti RoS untuk buat semakan terhadap usul (Bahagian) Rembau di PAU (Perhimpunan Agung UMNO 2022),” katanya menerusi Instastory hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, dua ahli UMNO itu menghantar aduan berkaitan usul tambahan yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Aduan itu dikemukakan oleh ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom.

Mereka berharap RoS dapat menentukan sekiranya terdapat pertikaian terhadap usul tambahan yang dibawa pada perhimpunan lepas.

Ia susulan ramai mendakwa usul tambahan yang diperkenalkan perwakilan Negeri Sembilan semasa menjadi pencadang usul Ucapan Dasar Presiden itu melanggar Perlembagaan parti itu. – UTUSAN


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo