NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan PH kaji untuk luluskan perkhidmatan teksi motosikal

SEREMBAN: Belum ada sebarang keputusan dasar di peringkat Kementerian Pengangkutan ketika ini untuk meluluskan perkhidmatan teksi motosikal sebagai alternatif pengangkutan awam di negara ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sememangnya terdapat permintaan daripada syarikat tempatan untuk melaksanakan perkhidmatan itu di negara ini namun pihak kementerian perlu melihat kesesuaian serta kesediaan rakyat di negara ini untuk menerima perkhidmatan berkenaan.

“Memang ada permintaan dari syarikat-syarikat, namun setakat ini kami belum ada apa-apa keputusan untuk meluluskan sebarang perkhidmatan tersebut.

“Kita pernah buat pilot project beberapa tahun lalu di kuala Lumpur tetapi saya rasa perlu lihat sama ada, bersesuaian untuk menerimanya. Budaya kita di Malaysia lain jika dibandingkan di Vietnam, Thailand ataupun di Indonesia di mana ia diterima secara umum tetapi di Malaysia tidak begitu,” katanya dalam satu majlis di sini hari ini.

Sementara itu, Siew Fook berkata, Kementerian Pengangkutan akan sentiasa memberi keutamaan dalam memastikan keselamatan penunggang motosikal bagi perkhidmatan penghantaran barangan atau makanan menggunakan motosikal (p-hailing).

Sehubungan itu, pihak kementerian kini sedang melihat aspek penambahbaikan yang bersesuaian untuk perkhidmatan berkenaan yang merupakan industri besar dalam negara.

“Sekarang ini kami mahu menambah baik p-hailing terlebih dahulu, fokus adalah untuk memudahkan, bukan mahu menyusahkan,mahu tekankan aspek keselamatan.

“Kita tidak mahu lihat penunggang ini sebab mahu  cari rezeki, mereka bawa laju (motosikal) sehingga membahayakan diri, itu bentuk tambah baik yang kita akan lakukan nanti yang turut melibatkan syarikat mereka,” katanya.-UTUSAN.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo