NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kaum Cina tidak asing dalam hidup saya – Abdul Hadi

PETALING JAYA – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjelaskan masyarakat dalam kalangan kaum Cina bukanlah asing daripada kehidupannya.

Melalui satu hantaran di Facebook miliknya, Hadi berkata, datuknya pernah memiliki ramai anak angkat dari kaum tersebut sebelum ini.

“Datuk saya memiliki ramai anak angkat daripada kaum Cina, sama ada yang memeluk agama Islam atau pun tidak. Mereka menjadi sebahagian daripada keluarga saya.

“Ketika berlaku Perang Dunia Kedua, terdapat pelarian Cina yang datang ke Pantai Timur.

“Datuk saya pernah menyelamatkan seorang pelarian Cina bukan Islam dan disembunyikan di kebunnya, ketika itu beliau merupakan seorang penghulu kampung,” ujar Ahli Parlimen Marang itu semalam.

Bukan itu sahaja, salah seorang menantu beliau sendiri adalah daripada kaum Cina dan secara jelas menunjukkan hubungan keluarganya dengan masyarakat kaum Cina bukanlah perkara baru.

“Selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur bersama pimpinan Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan pagi tadi (semalam), saya terus pulang ke Kampung Rusila bagi meraikan sambutan tahun baru cina bersama anak menantu sekeluarga.

“Jadikanlah perayaan ini sebagai salah satu cara untuk kita mengeratkan lagi silaturahim serta perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan kaum di Malaysia,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo