NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ismail Sabri pertahan kenyataan ahli UMNO boleh rujuk RoS

BANGI – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan kenyataannya bahawa usul dua jawatan utama UMNO tidak dipertanding pada pemilihan akan datang, perlu dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Naib Presiden UMNO itu menegaskan, beliau hanya bercakap dari sudut perundangan dan perlembagaan UMNO.

“Saya bercakap soal perundangan. Ada dua pandangan mengenai keabsahan keputusan itu, ada yang menyatakan ia sah dan sebaliknya.

“Kedua-dua pandangan itu ada alasan yang kukuh, jadi jika timbul pertikaian, maka mana-mana ahli boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mempertikaikan kenyataannya berhubung isu berkenaan.

Nur Jazlan menyatakan, tindakan Ismail Sabri itu pelik kerana ketika proses pengundian usul berkenaan dibuat, bekas Perdana Menteri itu turut berdiri menyokong dua jawatan utama berkenaan tidak dipertanding.

Ditanya mengenai dakwaan Nur Jazlan yang beliau sendiri bangun menyokong usul itu, Ismail Sabri berkata, beliau tidak mahu berdebat mengenai isu berdiri atau duduk.

“Ya, saya ada berdiri ketika laungan ‘Allahu Akbar’. Ada gambar yang menceritakan segala-galanya,” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo