NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bas persiaran terbakar: Laluan keluar Plaza Tol UPM ditutup sementara waktu – PLUS

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menutup sementara laluan keluar di persimpangan bertingkat Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk kerja-kerja pemeriksaan lanjut struktur plaza tol.

Dalam kenyataan hari ini, PLUS memaklumkan, ia berikutan kejadian bas persiaran yang terbakar di lorong keluar Plaza Tol UPM pukul 6.20 pagi ini.

“Pengguna dari arah utara (Sungai Besi/Kuala Lumpur) yang ingin keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan di persimpangan UPM dinasihatkan supaya berbuat demikian di Persimpangan Bertingkat Kajang.

“Pengguna dari Bangi, Nilai atau Selatan dinasihatkan dari lebuh raya menerusi Persimpangan Bertingkat Kajang atau Sungai Besi sebelum menggunakan laluan alternatif,” katanya hari ini.

Dalam kejadian pagi ini, bas persiaran yang membawa 40 penumpang terbakar di lorong keluar Plaza Tol UPM, bagaimanapun, api dipadam oleh pasukan bomba daripada Serdang beberapa minit kemudian.

Tiada kecederaan terhadap penumpang, petugas plaza tol atau pengguna lebuh raya. – UTUSAN


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo