NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Erdogan umum pilihan raya Turkiye 14 Mei ini

ANKARA – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan 14 Mei depan – awal sebulan daripada tarikh asal – sebagai tarikh Pilihan Raya Parlimen dan Presiden negara itu.

Beliau yang berhasrat untuk bertanding semula membuat pengumuman itu ketika persidangan belia pada Sabtu di wilayah barat laut Bursa.

“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana kami akan berjalan berdampingan dengan anda, belia yang akan mengundi buat kali pertama, dalam pilihan raya yang akan diadakan pada 14 Mei,” katanya dalam klip video yang disiarkan pejabat presiden semalam.

Beliau sebelum ini telah memberi bayangan mengenai tarikh itu minggu lalu.

Di Bursa, katanya, beliau akan membuat pengumuman rasmi pada 10 Mac, selepas itu Majlis Tertinggi Pilihan Raya Turkiye akan bersedia untuk pilihan raya.

Sekiranya tiada calon yang memperoleh lebih daripada 50 peratus undi, pusingan kedua pengundian akan diadakan pada 28 Mei.

Setakat ini, pakatan pembangkang enam parti masih belum mengemukakan calon presiden.

Sebuah parti pro-Kurdish yang ketiga terbesar di Parlimen ketika ini telah dikecualikan daripada pakatan itu dan berkata, ia mungkin meletakkan calonnya sendiri.

Tinjauan pendapat menunjukkan Pilihan Raya Parlimen dan Presiden akan sengit, dan akan menandakan ujian terbesar Erdogan dalam dua dekad beliau selama di tampuk kuasa tentera serantau, ahli NATO dan ekonomi pasaran utama yang sedang pesat membangun.

Pilihan Raya Presiden dan Parlimen Turkiye dijadualkan diadakan pada 18 Jun tetapi Presiden Erdogan sebelum ini memberi isyarat bahawa hari mengundi boleh diawalkan.

Seorang pegawai Parti AK-nya sebelum ini berkata bahawa pilihan raya pada bulan Jun akan bertepatan dengan musim cuti musim panas apabila orang ramai sedang mengembara. – Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo