NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dua beranak cedera dalam serangan terbaru di Baitulmuqaddis

Anggota Unit Khas Israel mengawal sekitar bandar lama di Baitulmaqdis berikutan kejadian tembakan di rumah ibadat kaum Yahudi. - Foto EPA


BAITULMAQDIS: Sekurang-kurangnya dua cedera selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di timur Baitulmaqdis hari ini, kurang 24 jam selepas seorang warga Palestin dilaporkan membunuh tujuh orang di luar rumah ibadat ketika upacara Sabat kaum Yahudi.

Menurut Paramedik Israel, kejadian berkenaan mencederakan dua lelaki masing-masing berusia 23 dan 47 tahun.

Difahamkan polis Israel sudah menembak penyerang berkenaan namun tiada sebarang maklumat mengenai keadaan suspek.

Pihak berkuasa juga melakukan pemantauan di lokasi serangan manakala banyak ambulans serta anggota pasukan keselamatan turut berada di kawasan yang sama.

Dalam kejadian pagi semalam, seorang warga Palestin dilaporkan membunuh tujuh orang di luar rumah ibadat Baitulmaqdis timur ketika upacara Sabat kaum Yahudi semalam.

Serangan disifatkan paling ganas itu menyasarkan warga Israel dalam beberapa tahun ini mungkin mencetuskan serang balas yang meluas.

Serangan berlaku sehari selepas konflik Israel-Palestin semakin memuncak termasuk serbuan tentera Israel di Tebing Barat yang menyebabkan sembilan orang terbunuh akibat tembakan roket dari Gaza dan serangan balas Israel.

Ketua Polis Israel, Kobi Shabtai menyifatkan kejadian tembakan di kawasan Neve Yaakov sebagai salah satu serangan paling teruk yang pernah mereka hadapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

"Sekitar jam 8:15 malam seorang penembak tiba di rumah ibadat di boulevard Neve Yaakov di Baitulmaqdis dan terus menembak ke arah beberapa orang di kawasan itu.

"Akibat serangan itu, tujuh orang awam disahkan maut, dan tiga orang lagi cedera," kata polis. - AP



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo