NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cadangan pengeluaran KWSP: Anwar tidak setuju, akan cari langkah lain bantu rakyat

KANGAR: Kerajaan akan mencari langkah lain bagi membantu rakyat yang terkesan dalam kewangan berbanding memberi kelulusan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan perlu mempertimbang tentang keperluan mendesak bagi pengeluaran wang tersebut dan dalam masa sama memikirkan tentang masa depan pencarum.

Katanya, menerusi semakan yang dilakukan, pihaknya mendapati jumlah baki dimiliki pencarum adalah sangat kecil bagi pengeluaran itu.

“Saya bimbang tentang masa depan mereka, jadi lebih baik kerajaan cari jalan lain bagi membantu mereka (pencarum),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Amanat Perdana Menteri kepada Penjawat Awam Perlis di Dewan 2020 di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad bersama barisan Exco kerajaan negeri.

Terdahulu, Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) meminta kerajaan supaya mempertimbangkan cadangan bagi pengeluaran wang caruman KWSP sebanyak RM30,000.

Presidennya, Khairul Anuar Othman dilaporkan berkata, pengeluaran secara one-off antara RM10,000 hingga RM30,000 itu adalah sebagai penyelesaian jangka pendek dan panjang supaya rakyat tidak terputus perbelanjaan wang tunai.

Kerajaan terdahulu meluluskan pengeluaran wang KWSP menerusi inisiatif i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra yang diperkenalkan berikutan pandemik Covid-19. – UTUSAN


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo